SINTAKSIS / PEMBENTUKAN AYAT
Ayat – sekumpulan perkataan yang mengandungi susunan tertentu dan makna yang
lengkap
- subjek/predikat tidak boleh berdiri sendiri
Ayat Biasa – mempunyai subjek di hadapan dan predikat di belakang
Contoh: 1. Suaranya agak nyaring
2. Pintu itu berkunci
Ayat Songsang –mempunyai predikat di hadapan dan subjek di belakang
Contoh:
1. Berkunci pintu itu.
2. Agak nyaring suaranya.
3. Sudah dibasuh pakaian itu.
4. Menangislah Suraya.
Ayat Dasar / Inti
– ayat yang menjadi dasar / sumber kepada pembentukan ayat-ayat lain
Pola Ayat-
FN + FN 1. Cik Zalina penulis novel cinta.
FN + FK 2. Ali meraung kesakitan.
FN + FS 3. Pejabat Ali terletak di pusat bandar.
FN + FA 4. Suara Siti merdu sekali.
Jenis-jenis Ayat
i. Ayat Penyata
- Perayaan Deepavali disambut oleh masyarakat India.
- Tempat itu sangat kotor dan berbau busuk.
ii Ayat Tanya
- Siapakah pemuda kacak itu? ( menggunakan kata partikel )
- Pemuda kacak itu siapa? ( tanpa kata partikel )
iii Ayat Perintah ( suruhan, silaan, permintaan dan larangan)
Ayat Suruhah
- Buang sampah itu.
- Awak boleh mula sekarang.
Ayat Silaan
- Sila penuhkak kerusi di depan.
- Jemputlah ke rumah.
Ayat Permintaan
- Harap anda semua bersabar.
- Tolong belikan saya buah limau.
- Minta kamu semua bertenang,
Ayat Larangan
- Jangan melawan cakap orang tua.
- Usah besarkan hal yang remeh ini.
iv Ayat Seruan
– diucapkan untuk menyatakan pelbagai perasaan dengan
menggunakan kata seru.
* Perasaan terkejut, cemas dan hairan
- Wah, sungguh jernih air di sungai ini!
- Eh, tinggi betul awak sekarang!
- Oh, jauh betul dia melompat!
* Perasaan benci dan marah.
- Nah, terima tumbukan aku ini.
- Cis, pergi dari sini!
* Perasaan sedih, kecewa dan memohon simpati.
- Aduhai, beginilah penyakitku!
- Aduhai, malang betul nasibku!
* Perasaan gembira
- Syabas, kamu menjadi johan dalam pertandingan tersebut!
* rasa sakit
- Aduh,pedih di mataku masih belum pulih lagi!
* Perasaan mengejek
- Amboi, hijau betul baju kamu ini!
- Amboi, kurus betul awak sekarang.
* rasa kesyukuran
- Syukur,mangsa tanah runtuh itu dapat diselamatkan!
Bentuk-bentuk Ayat
Ayat Tunggal/Ayat Selapis
-mengandungi hanya satu subjek dan satu predikat
Contoh: Pelajar itu mengulang kaji pelajaran.
(subjek) (predikat)
- ayat tunggal terdiri daripada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
Ayat Majmuk/Ayat Berlapis
- hasil daripada cantuman/ gabungan beberapa ayat tunggal
a) Ayat Majmuk Gabungan
- gabungan dua atau lebih ayat tunggal.
- dihubungkan dengan kata hubung seperti serta, dan, atau, sambil, lalu, dan,tetapi dan sebagainya.
Contoh: Anak-anak yatim harus dibantu.
Anak-anak yatim harus diberi perhatian.
- Anak-anak yatim harus dibantu dan diberi perhatian.
b) Ayat Majmuk Pancangan
- mengandungi satu ayat induk dan satu/beberapa ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk.
* Ayat Majmuk Pancangan Relatif ( menggunakan kata relatif yang )
- pemancangan boleh berlaku di bahagian subjek atau predikat
Contoh : Narrul merawat kucing. ( Ayat Induk )
Kucing itu cedera. ( Ayat Kecil )
- Nazrul merawat kucing yang cedera itu.
Orang gila itu kotor. ( Ayat Induk )
Orang gila itu mengganggu orang ramai.
- Orang gila yang kotor itu mengganggu orang ramai.
* Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
- menggunakan kata komplemen untuk atau bahawa bagi menggabungkan ayat kecil
yang bersifat pelengkap dengan ayat induk
Contoh: Mereka mengunjungi stadium itu. ( Ayat Induk)
Mereka meraikan kedatangan alaf baru. ( Ayat Komplemen)
- Mereka mengunjungi stadium itu untuk meraikan kedatangan alaf baru.
* Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
- memberi keterangan lanjut kepada ayat
• keterangan waktu
- apabila, ketika, tatkala, sejak , sementara, setelah
* keterangan syarat
- jika, kalau, sekiranya
* keterangan musabab
- kerana, oleh sebab
* keterangan harapan
- agar, semoga, supaya
* keterangan cara
- dengan
* keterangan pertentangan
- walaupun, meskipun, sungguhpun
c) Ayat Majmuk Campuran
- terdiri daripada gabungan beberapa jenis ayat majmuk
Contoh: Zaid dan Zainal akan memasuki pertandingan itu jika diberi peluang.
Negara kita akan aman dan makmur sekiranya rakyat bersatu padu.
No comments:
Post a Comment